Saturday, 12 March 2016

Pendekar Laut Gen 1

Assalamualaikum Guyz..

Untuk kali ni aku nk review ckit berkenaan beberapa tajuk komik yang aku baca, dengan erti kata lain review ni only from MY PERSPECTIVE..PERSONALLY...sbb komik ni depends, ada yang suka pada storyline, ada yang suka pada lukisan or sebagainya..aku pon ada pemilihan komik yang aku baca, xsemua aku baca.

Ok, let we start dengan komik ni dulu....

1. PENDEKAR LAUT
Karya: Wan Yat Leung & Tang Chi Fai



Image ni aku cari kat google images, bukan aku edit or sebagainya, so, pinjam imej ye owner hihi.

Permulaan cerita yang berkisarkan Pai cheung Lang @ Pendekar Laut yang berniat untuk menumpaskan Sindikit Blue Dream yang dipercayai telah membunuh ayahnya dan melakukan kegiatan jenayah. Jadi pada awalnya penceritaanya hanya bermotifkan dendam yang mana bermulanya pertempuran diantara Pendekar Laut dan sindiket Blue Dream yang diketuai oleh Blue Dream dan dibantu oleh abang kandungnya sendiri The Killer Whale - ORGA.

Walaubagaimanapun, niat Pendekar Laut untuk menumpaskan sindiket Blue Dream terhenti dengan kehadiran seorang wanita yang membuatkan Pendekar Laut jadi cair hahaha jangan serius sgt wat review, chill la kan hihi...dan sudah pastinya dia adalah merupakan adik kepada Blue Dream dan Orga....HITOMI


Jadi berlakulah pertempuran diantara Pendekar Laut dan sindikit blue dream yg menyaksikan diakhir generasi pertama ini, Pendekar Laut telah tewas ditangan Orga dan hampir mati kerana jantungnya hampir musnah, tetapi telah dipulihkan semula dengan kuasa penyatupaduan sel-sel oleh Orga

Secara keseluruhannya untuk generasi pertama ini agak unik, baik dari penggunaan tajuk ala2 kepahlawanan melayu "PENDEKAR" yg mana zaman tu popular dgn tajuk seperti WIRA (Alam Perwira, Jejak Wira, Juara Wira), kemudian menerapkan elemen kuasa zaman moden (Kuasa Putaran Medan Magnetik) seperti rawatan penyatupaduan sel-sel, tolakan elektron dan ukuran kuasa dalam unit HP (Horse Power). Aspek pemakaian juga unik bilamana fight dengan pakai kemeja n seluar slack haha. So, for the rating, 3/5 RECOMMENDED


No comments:

Post a Comment